Ini sir Qareem kami. Dia mengajar kami dalam subjek health psychology memang terbaik english dia,the best of speak 😅
Sir Qareem selepas SPM beliau buat foundation dekat UIAM, Nilai. UIAM takda diploma. Mereka semua foundation lepas tu mula degree. Degree sir dekat UIAM Gombak. Bachelor of Human Sciences Majoring ins Psychology and Minor in Mass Communication selama 4 tahun.
Masters sir pun kat IIUM Gombak. Master of Human Sciences in Clinical and Counseling Psychology. 3 tahun. 1 tahun coursework. 1 tahun di hospital. 1 tahun research.
Dalam 1 tahun di hospital tu, 6 bulan di Hospital Raja Perempuan Zainab II di Kota Bahru dan 6 bulan di Hospital Universiti Sains Malaysia di Kubang Kerian
Masa sir kami buat Master sir kami dah mula tolong lecturer beliau mengajar. Ganti mereka jika mereka tak dapat datang. Selepas tamat master sir mula mengajar separuh masa di IIUM dan UiTM pada 6 bulan pertama. Selepas 6 bulan sir hanya mengajar di IIUM untuk 6 bulan seterusnya separuh masa juga. Kini sir saya mengajar di UiTM sepenuh masa. hebat bukan pengalam sir qareem kami?
lecture yang sentiasa bersemangat dan sentisa tersenyum dan penuh komitmen yang mengajar di UiTM bertam ini
Selain itu,ada satu lagi lecturer kami yang mengajar subjek physiotherapeutic exercise,hmmm nama diberi Mohamad Iqbal bin Shaharuddin. Ciri-ciri sangat bergaya, dan bujang lagi,,
Baik lah mari kita tunjuk kan tentang kehebatan sir Iqbal pulak,,
Sir menamatkan pengajian degree dlm bidang fisioterapi pada tahun 2014 di UiTM Puncak Alam. 2 bulan sebelum menamatkan pengajian,beliau telah ditawarkan peluang pekerjaan di pusat pemulihan swasta dan pengkhususan kerja di bahagian pediatric Sir pernah mengendalikan kes-kes berkaitan dengan musculoskeletal and neurological contohnya parkinsons.
Sir mendapat Master di UKM dan bekerja sebagai research assistant. Kemudian beliau kembali bekerja sebagai senior physioterapist di pusat pemulihan swasta. Seterusnya sir mengendalikan kes-kes seperti autisme dan masalah masalah tingkah laku dan menjadi managerial secretary dan menguruskan aktiviti-aktiviti untuk sekolah. Kemudian beliau berhenti dan bekerja di UniKL sebagai pensyarah selama 5 bulan dan menyambung pengajarannya di UiTM kampus bertam.
Banyak aktiviti dan exercise semasa dalam kelas thera ni contoh nya 2. Kita bagi gambar lahh baru teruja sikit..gambar ni kami sedang melakukan exercise di kelas praktikal. Ini merupakan salah satu topik yang kami pelajari.
Our Sir Qareem
With our lecturer Sir Iqbal
Suspension exercise
ini untuk lower limb
selain itu juga kami ada aktiviti di luar bilik kuliah seperti tabata,dan jogging agar kami kekal kan momentum dan terus aktif
Ini lah pengalaman yang menarik dan manis dalam sem ini , apalagi adik - adik spm yang di luar sana ,mari lah join dan pilih lah course physioterapy di UiTM Bertam .Tak rugi langsung apabila belajar fisio di sini ,terlalu banyak cabang yang akan kita pergi nanti, Sampai di sini sahaja. Sremoga kita berjumpa lagi dan berharap adik-adik and para pembaca kita berjumpa di UiTM Pulau Pinang kampus Bertam😁.
SEE YOU WHEN I SEE YOU
ASSALAMMUALAIKUM,
No comments:
Post a Comment